Tuesday, March 3, 2009

paper article..

ingat lg x previous post qla yg psl cuzen qla tu..nie qla br tau cite di kuar kat paper metro..below is da article..

Pelajar maut nahas
Oleh MOHD NUR ASNAWI DAUD
asnawi@hmetro.com.my

SEREMBAN: Seorang pelajar sebuah kolej swasta terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiang papan tanda di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Asyraf Adanan, 18, mati kerana cedera parah di kepala.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang papan tanda.

Ketika kejadian, mangsa dan seorang rakannya yang menunggang sebuah lagi motosikal dalam perjalanan untuk minum di sebuah restoran berhampiran.

Jurucakap polis berkata, mangsa dikatakan memotong motosikal ditunggang rakannya sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tiang papan tanda.

Dia yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) tetapi meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan siasatan akan dilakukan daripada segenap aspek,” katanya kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat atau melihat kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.Orang ramai yang ada maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.
Emel Artikel Cetak Artikel

No comments:

Post a Comment