Friday, April 24, 2009

READ THIS!!

KENYATAAN AKHBAR

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM / SETARAF SESI AKADEMIK 2009/2010
_____________________________________________

1. Sukacita dimaklumkan bahawa sejumlah 166,261 permohonan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.


2. Dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang
layak akan menerima dua (2) tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.



3. Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17 April 2009 dan tarikh pendaftaran ke Kolej Matrikulasi KPM adalah pada 11 Mei 2009.
Manakala keputusan Kemasukan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi akan diumumkan pada 1 Mei 2009.
Sehubungan itu, calon Lepasan SPM mempunyai tempoh masa yang secukupnya
untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih program yang diminati berdasarkan tawaran yang diterima.


4. Sekiranya seseorang calon mendapat dua (2) tawaran, iaitu dari BMKPM dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Jika hanya menerima satu
tawaran sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan calon mendaftar ke program tersebut mengikut jadual.Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran BMKPM, nama calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Ke IPTA. Calon diwajibkan membuat pengesahan setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.


5. Sehubungan itu, keputusan dasar yang dipersetujui, jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM,nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.


6. Hanya calon-calon yang mengemukakan permohonan ke BPKP JPT dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai 1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui URL http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh keputusan diumumkan.


7. Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my/


Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
22 April 2009

6 comments:

  1. okeh.
    thx for the info.
    gle update yer qilah ngan news paper.
    haha (;

    ReplyDelete
  2. ade peluang lg nk
    dpt uitm neh!!!
    wooohooo!!!

    ReplyDelete
  3. uitm...i syg u!!!!
    help me!!!!!
    hahahaa...
    thx babe!!!
    appreciate it!!!!

    ReplyDelete
  4. nape both D nk uitm nie??
    okok
    dla n qla nk uia..knkn dla=)
    ***sume brdoa**

    fariz:haaaha..actually qla dpt email frm mak qla psl mnde nie...so alang2 tu copy n bost je la kat blog
    =)

    ReplyDelete
  5. ye ke?
    gila lega!
    thank you thank you :DD

    ReplyDelete
  6. wahh. bguna ni. nsib baik qila ade :D

    ReplyDelete