Saturday, April 25, 2009

TGB!!!

Dua pelajar MRSM harumkan nama negara di Texas

KUALA LUMPUR 24 April - Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat perak pada pertandingan International Sustainable World Project Olympiad (I-Sweeep) 2009 di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Kedua-dua mereka mempertaruhkan alat penyerap bahan kimia dalam sisa buangan minyak kelapa sawit.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,700 dan lebih istimewa ditawarkan tempat untuk belajar di salah sebuah universiti di Texas.

Pelajar terlibat, Madihah Zuhari, 17, dan rakannya, El-Insyiirah Fathin Amiruddin, 17, mengambil masa selama setahun setengah untuk melakukan penyelidikan dan menghasilkan ciptaan tersebut.

''Pada mulanya saya tidak begitu bersemangat dan sekadar ingin mencuba. Saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ini selepas dicabar oleh guru.(sure cikgu suhaili nie)

''Tetapi saya tidak sangka akhirnya diumumkan sebagai pemenang pingat perak dan lebih mengejutkan, kami ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Arlington, Texas,'' katanya ketika ditemui selepas majlis meraikan kontinjen I-Sweeep di sini hari ini.

Mereka muncul sebagai pemenang kedua selepas ditewaskan pelajar dari China, Gong Zhang Xiaowan yang mencipta sistem mengawal kelajuan kenderaan berkuasa tinggi.

Selain Madihah dan Insyiirah, lapan lagi pelajar MRSM Melaka dan Taiping turut mengharumkan nama negara dengan ciptaan masing-masing.

I-Sweeep merupakan pertandingan reka cipta bagi mencungkil bakat-bakat baru yang terdiri daripada pelajar di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh dunia.

Hadir sama meraikan mereka ialah Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Nam Marthinin.

Insyiirah berkata, penyertaan mereka hanya berbekalkan sedikit pengalaman yang dikutip daripada pelajar senior yang banyak menghasilkan ciptaan.

Katanya, ciptaan yang menggunakan bahan terbuang seperti sekam padi, mampu menyerap bahan kimia yang bahaya dalam sisa buangan minyak kelapa sawit.

Sementara itu, Madihah berkata, peluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Arlington (camtu x yah la amek spm dh...dh sure2 dpt gy overc...x ci!!!)itu tidak akan disia-siakan.

''Inilah peluang yang saya nanti-nantikan malah ia seolah-olah impian menjadi kenyataan buat diri saya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, MRSM Tun Ghafar Baba turut menerima anugerah khas ciptaan terbaik 2009.

4 comments:

  1. pergh.
    gempak betul junior nih
    ahahaha tak sangke wei

    -anis

    ReplyDelete
  2. woo..junior kte setaon ar krenya nie??peh..bangge2 ak dak tgb..haha..

    ReplyDelete
  3. cayalah..
    tgb bulleh!!!!

    kalaulah aku d tempat mereka

    ReplyDelete
  4. Pelajar terlibat, Madihah Zuhari, 17, dan rakannya, El-Insyiirah Fathin Amiruddin, 17, mengambil masa selama setahun setengah untuk melakukan penyelidikan dan menghasilkan ciptaan tersebut.

    x silap ak, nih projek batch kte..
    * agaga, rasenye lah..

    ReplyDelete