Friday, February 18, 2011

Ya Allah,
Kau datangkan ujian ini untuk hamba mu yang lemah ini.
Namun, aku berharap agar aku diberi kekuatan untuk cekal menghadapinya
di samping orang-orang yang aku sayangi.
Engkau perliharalah orang-orang yang aku sayangi dan
perliharalah mereka dari segala bentuk dugaanmu.

Namun, di sebalik dugaan yang engkau datangkan kepadaku,
Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang sangat memahami.
Terima Kasih kerana engkau mempertemukan kami dalam keadaan susah dan senang.
Semoga engkau turut mencurahkan kasih dan sayang mu buat sahabat ku tersebut.

Dalam tangisan dan resah,
Aku berharap agar engkau terus memberikan aku kekuatan serta keajaiban
untuk terus melihat orang-orang yang aku sayangi tersenyum bersamaku.

Amin.


No comments:

Post a Comment