Thursday, August 18, 2011

Madinah Al Munawwarah


Hari ke 10 (11 Ramadhan)

Lepas selesai tawaf Wida' around 1000am bus bertolak ke Madinah. Perjalanan dari Mekah ke Madinah around 5-6 hours. Highway deorang tak macam higway Msia. All the way batu-batu and padang pasir je. Kadang-kadang je ada macam tinggalan-tinggalan bangunan lama. Sampai Madinah time tu deorang baru selesai solat Asar.So seklai lagi kiteorang dapat duduk dekat Movenpick.Tapi kali nie dekat Mdinah Tower pulak. Sukeee. Sebab sangat dekat dengan masjid(depan je kot) and ice cream die sedap. andd buffet die best. Bulan puasa nie dapatlah berbuka and sahur buffet :)


Anwar Al Madinah Movenpick



Lepas tengok2 tempat buffet untuk berbuka , kiteorang terus pergi masjid. Since baru je sampai and tak tahu lagi pot nk sembahyang kat mana, we end up sembahyang Maghrib dekat dataran. Best ! Meriah sangat. Especially time berbuka . Lepas Maghrib kene balik hotel for real berbuka. Almaklumlah duduk hotel , so terpaksa lah ikut timing makandeorang. Lepas tu baru pergi masjid balik for Isyak and Tarawih.

Oh first night kat madinah nie kene cium peluk dengan mak cik Arab . Err ?? Entahlah kenapa .




Hari ke 11 (12 Ramadhan)
Ziarah dalam. So pagi around 7 dah kene berkumpul sebab waktu untuk perempuan nak masuk Raudah terhad, lagi-lagi hari ni hari Jumaat. Kitaorang start masuk masjid pukul 720am tapi dapat masuk Raudah around 10am. Cube kire berepa lama waiting time. Nak masuk tu pon ada 3 stage kene tunggu sebelum betul-betul dapat masuk. And dapat berada betul-betul dalam Raudah tu like 5 mins shj.


Tempat masuk Raudah bagi lelaki
Malam time terawih ade incident yang tak diduga berlaku. Camni..

Time nk solat jenazah , lepas solat Isya' tibe-tiba ada sorang budak perempaun nie, age around 9 or maybe 10 kot duduk kat depan mak. To be exact kat tempat sujud mak and sebelah beg . Then orang arab sebelah mak and mak pon suruh lah dia alih since banyak lagi free space kat dataran tu. Tapi die insist. So finelah. Then bila nk start solat terawih, die duduk je kat situ, bukannya nak solat. Qla dah rasa pelik dah nie. Macam-macam dah terfikir. Tapi Qla try jugak ingatkan diri sendiri ."aku nie nk solat tapi fikir negative pasal budak tu". memang tak boleh time tu. Rasa suspicious tahap tak tahu nak cakap macam mana dah lah.

Then fon budak tu bunyi, di jawab. Lepas tu makin macam-macam pulak negative thought pasal budak tu. Mengaku siap-siap memang tak boleh nk khusyuk. Siap plan lepas bagi salam je nk alihkan beg mak ke tempat lain . Tengok-tengok bangun je dari sujud last sebelum nak tahiyat akhir budak tu lesap, beg pun lesap. Mak pon dah takde , tengok-tengok tengah kejar budak tu.Terkejut mak lari selaju tu. whooh. Qla pon kejar lah jugak. Susah kot nk lari time tu. Dengan licinnya sebab pakai socks 2 lapis and orang ramai, tapi budak tu memang powerful. Athlete curi terbaik ! Kalah bekas pelari maktab dulu. Mak memang dah kejar sampai ke luar, Qla pulak entah macam mana rasa macam nk semput tengah jalan. Tapi sempat jugak lah tarik pak guard arab yg jaga kat situ and attract beberapa orang utk kejar sekali. Tapi dah rezeki budak tu kot malam tu. Tak boleh nk buat apa.

Then, Qla teringat beg Qla ada kat tempat solat tadi. So pergi balik tempat tadi and ambil semua barang yang tinggal. Then pergi kat mak. Tengok-tengok dah ramai orang keliling mak. Ramai serious ramai. Siap ada 2 kereta polis lagi. Kalaulah boleh record scene malam tu, sure orang ingat macam dalam movie. lol. But seriously. Total lost agak banyak sebab ada fon, specs,
money, and jam yg kitorg bagi time birthday mak.


Ade sorang arab tu serious baik gle. Even die tak paham English and Qla tak paham Arab, tapi die macam understanding glr. Qla still ingat muka die sampai sekarang. Harap2 Allah balas kebaikan die malam tu.

tempat kejadian berlaku



Suasana berbuka and solat di dataran Masjid Nabawi





Bestlah buka puasa kat Madinah. Macam-macam dapat. Kat dataran masjid tu , individu-individu or mungkin jugak company-company yg nk bagi orang buka puasa akan bentangkan carpet or just plastic then deorang serve siap-siap makanan. Siap ada nasi briyani kambing lagi. Tak payah nk risau-risau takut takde makanan time berbuka coz sure korang akan dapat, in fact selalunya dapat lebih. Kurma, foods and drinks. Complete. Oh and malam terakhir berbuka kat Madinah dapat merasa makanan Palestine, Qatayif , yang macam kiteorang(MD53) buat time International Day dulu :) Conclusionnya seronoklah berbuka ramai-ramai macam nie.
Hari ke 12 (13 Ramadhan)

Masjid Quba



Holy Qur'an Printing Centre.
sedihnya hanya lelaki je yang dibenarkan masuk. Kat sinilah semua Al-Quran yang ada kat Madinah and Mekah dicetak. And semua visitors(lelaki) yang masuk akan dapat Al-Quran secara percuma. Untuk orang yang dah tua sikit dapat Al-Quran yang besar, yang muda dapat yang kecil.


Jabal Uhud

Ladang Kurma


Masjid Qiblatain and Masjid Tujuh. Ni lalu je so gambar pon dari dalam bus je. Dah mixed up so tak payah lah upload okay. Sorry.
Hari ke 13 (14 Ramadhan)
Aktiviti bebas
Hari ke 14 (15 Ramadhan)
Lepas ziarah wida' ke pada Baginda Rasullulah, bus bertolak ke Jeddah Airport pukul 10am. Perjalanan lebih kurang 5-6 jam. Otw tu stop satu tempat yang tak diketahui apa namanya untuk solat jama' zohor asar.

Kawan baru abah, Syed Ahmed Shah.
SAS sedang mencari bakal isteri orang Msia. Berminat?lol
Sepatutnya sampai Jeddah tu, still ada tempat-tempat untuk diziarahi mcm Masjid Terapung. Sebab tulah bertolak awal pagi. Tapi bila sampai Jeddah, kiteorang di inform yg pihak Arab Saudi tak bagi ziarah Masjid Terapung sebab takut jadi bid'ah. So straight to airport.Roughly sampai airport pukul 3+pm. Maknanya 8 jam lah kiteorang ber-camping dekat airport sebab flight pukul 1105 pm.
InsyaAllah korang pon akan ada rezeki untuk merasa Ramadhan di Tanah Suci ni nanti. Amin
ps: vid lain kali okay ;)

1 comment:

  1. subhanallah cantik. nak pergi jugak someday insyaAllah :D

    ReplyDelete