Monday, May 25, 2009

KMS IB program

to AZZA,i dont knw where to reply u..so i thnk ths is the best way to inform u ,plus it might give extra info to others too...


PENDAHULUAN
Diasaskan pada tahun 1968, merupakan program peringkat diploma yang dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO). IBO adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walau bagaimanapun, hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) diuruskan di pejabat yang terletak di Cardiff, United Kingdom.
Pada Jun 2005, Kolej MARA Seremban (KMS) telah mendapat kepercayaan MARA untuk menjalankan program IB ini. Pelajar yang terpilih ke KMS akan melanjutkan pelajaran ke luar negara sama ada di bidang perubatan, perguruan/tindikan MRSM (Sains & Matematik), pergigian dan biotenologi.

SUBJEK YANG DITAWARKAN
Kurikulum IB merangkumi 6 kumpulan subjek :
1) Language A (Bahasa Ibunda) termasuk kajian Sastera Dunia, subjek yang ditawarkan ialah Malay A1.
2) language B (Bahasa Kedua), subjek yang ditawarkan ialah English B.
3) Individu dalam masyarakat, subjek yang ditawarkan ialah
- Ekonomi
- Perniagaan & Pengurusan
- Teknologi Maklumat dalam masyarakat global
4) Sains Amali, Subjek yag ditawarkan ialah biologi,kimia dan fizik.
5) Matematik dan Sains Komputer, subjek yang ditawarkan ialah Matematik.
6) Kesenian, akan dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum (CAS)

Disamping itu, pelajar juga diwajibkan mengikuti aktiviti CAS (Creativity, Action, Services), mengambil subjek Theory of Knowledge (ToK) dan menyiapkan satu "Extended Essay" (EE).

SYARAT MINIMA MENDAPAT TAJAAN MARA UNTUK PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH

Pelajar perlu mendapat tidak kurang daripada 35 mata daripada keputusan peperiksaan.

SYARAT KEMASUKAN
Program ini disediakan khusus untuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Program ini akan dijalankan sepenuhnya di dalam negara dan pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang serta memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.

MOD PENGAJIAN
• Kuliah Harian
• Konsultasi bersama guru subjek
• Program Mentor-mentee
• Aktiviti kelab dan sukan
• Perkhidmatan kaunseling dan kaunselor
• "Study Group"
• Kem motivasi
• Pembelajaran dibantu dengan kemudahan seperti perpustakaan, internet 'wireless' di kawasan Kolej, makmal dan lain-lain.
• "Intensive Revision Programme"

TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun

PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah menetapkan pelajar yang berjaya dan memenuhi syarat akan dihantar meneruskan pengajian ijazah pertama mereka di negara :
a) Perubatan - India / CZech / Poland
b) Pergigian - India
c) Perguruan - New Zealand @ Australia
d) Bioteknologi - New Zealand @ Australia


for more..check out this link
http://edu.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=55


ps>>AZZA,who r u actually??dpt KMS-IB jugak eyh??

2 comments:

  1. whoaah,
    lotss of info,
    prog kte sme je. hehe

    ReplyDelete
  2. semangat..keep it up...i love kriss alen..heheh..am i gay?? u decide it??..kahkah..x de kaitan..layan~

    ReplyDelete