Sunday, September 23, 2012

Ohoii Jepun

Sebelum ape-ape and since ada pulak yang bertanya kenapa pilih nak pergi Jepun, biar Qla bagitahu dulu . Ada yang kata , kenapa nak jugak pergi Jepun, kan Jepun negara mahal. Ada pulak yang tanya , kenapa Jepun , kenapa tak Korea je.

Jawapannya sebab moyang qla berasal dari Jepun. Since aunty qla ada yang dah pernah pergi Jepun and kata Jepun lawa and best, qla teringinlah jugak nak experience sendiri . Masa kecik-kecik dulu selalu tengok gambar moyang pakai kimono/yukata . Cantikkk ,ayuu sangat. Time tu lah pulak selalu berangan nak jugak pakai dan nak jugak jejak kaki dekat negara asal moyang. Kot-kot lah terjumpa kaum kerabat moyang . Tulah sebabnya nak pergi . And kenapa tak Korea , sebab qla dah pernah pergi . And kebetulan masa awal tahun haritu ada promotion ticket ke Jepun. Dan lagi,sebab ada kawan dekat sana, jadinya memang tak fikir panjang pun masa beli ticket . Sekian .

# Orang Jepun expect semua yang datang Jepun tahu berbahasa Jepun.

# Main transportation di Jepun memang TRAIN . Kalau naik train 1jam tu kira tempat tu dekat je . Kalau 2 jam perjalanan by train kira standard lah, and kalau 3 jam baru kira jauh . Fuhh

# Setiap kali naik train, minimum kene tukar 3 kali . Yes , MINIMUM 3 KALI .

# Kadar kemalangan jalan raya seluruh Jepun dalam sehari adalah SATU kemalangan sahaja . Tu pun selalunya selamat. WOWWW

# Kadar bunuh diri terjun dekat railway dalam sehari adalah berbelas-belas . Errrrr . And kitaorang pernah stranded dalam kerata api sebab ada orang bunuh diri . So tepaksalah tunggu deorang alihkan mayat dari railway and bersihkan . Kalau emergency macam manaaaaa ?

# Orang Jepun tak tahu pun Malaysia tu adalah sebuah negara . What more , deorang tak tahu pun Malaysia dekat mana . Jadi kenalah explain Malaysia tu in between Thailand and Singapore.

# Orang Jepun sangat sangat sangat punctual . Kalau train tu , time dia tak macam Malaysia ; 800 am , 930 am Takkk. Jepun punya 843 am , 748 pm , 232 pm . Nampak takkk bezaa. Seminit pon kira okayyy

# Expenses sangat sangat sangat lah mahal. Air kotak ice lemon tea yang kecil tu approximately Rm 4 ++ .Whatttt . Mineral water pon sama . So minum je lah air paip .

# Jangan pelik bila orang jepun pandang korang pelik. Qla penah kene sampai dia tengok muka dekat-dekat . Qla takut terus lari dekat Paah walaupun orang tu dah cakap maaf. Ada tu pulak pura-pura nak amek gambar ape entah, tapi sebenarnya curi-curi amek gambar kita . Bukannnnn nak perasan ke ape , tapi betul . Masa tu tengah tunggu siapa entah dekat train station. So ktorang pun berkumpulah tepi tiang . Then ada makcik ni diri dekat-dekat dengan group ktorg and anak dia amekkan gambar . Ingatkan adalah kot-kot banner ke ape. Then tanyalah dekat ika, ada pape ke dekat belakang tiang tu . Tapi takde pape. So conclusionnya apeee ?

# Kadang-kadang memang deorang pandang kita pelik. Tapi ada je yang puji kita orang Msia cantik . Pernah sekali time beratur nak naik bus balik from Fuji , tiba- tiba Qla terdengar 2 orang lelaki dekat sebelah cakap dalam nada berbisik "kawaii" . Nasib baik tahu maksud kawaii tu :) Again , ni bukan perasann, sebab Ika pun terdengar .

# Otw to Hakone , jumpa dengan satu group pakcik-pakcik. Dia puji kata gigi orang Msia cantik-cantik . Then masa dekat Disney Sea , Qla and Nana pun buatlah "observation" nak tengok "inference" pakcik tu betul ke tak . Rupanya betul . Mungkin tak semua, tapi mostly ada masalah gigi. Jadinya bersyukur lah kita .

# Orang Jepun suka pakai earth colour or light colour. Kalau dalam train tu macam nampak semua pakai baju sama colour . Kalau yang lelaki , baju putih seluar hitam . Boooooring . Yang kiteorang ni pulak semua nak colour blocking , striking . Mungkin tu yang orang Jepun pandang pelik tu kot . Lol

# Kalau cakap pasal disiplin, mungkin takde bangsa lain boleh kalahkan orang Jepun . Beratur panjang mana pon deorang tak main cut-cut. Naik escalator pun beratur. Kalau nak relax-relax guna line kiri, kalau nak "express way" line kanan. Ala, macam dekat highway tu.

# Semua orang tahu orang Jepun terkenal dengan budaya membaca . Betullah tu . Tapi yang peliknya, orang Jepun ni mesti akan balut buku deorang sebab tak nak orang lain tahu deorang baca buku apa .

# Bab disiplin lagi . Bandar Tokyo memang clean and clear . Tong sampah pun susah nak jumpa . And kalau nak buang sampah pun pun kene asing-asingkan . Ala-ala macam Malaysia punya kempen Kitar Semula yang tak berapa nak jadi . Tapi deorang dekat sana tak payah di suruh, memang habit .

# Orang Jepun memang peramah . Peramah yang sangat sangattt . Tapi ada yang kata deorang buat-buat je , dekat belakang mengata. Tak tahulah .

# Students Msia dekat Jepun dapat monthly allowence RM 5 k ++ . Tapi boleh save RM 600 je sebab semua benda mahal . Untunglah belajar dekat India, boleh simpan half of the allowence-RM 1k ( kalau tak kaki shopping ).

# Jalan lajuuuuu . Patutlah susah nak jumpa orang obese . Jumpa sorang je , tu pon masa last day . Serious tak tipuu .

# Pakcik-pakcik sukalah layan tourist muda - mudi ni. Sebab katanya muda-mudi Jepun takkan layan pakcik/makcik ni sebab masing-masing sibuk dengan gadget .




P/s : probably this list will goes on and on if anything else come across my mind . InsyaAllah






1 comment:

  1. Qlaaaaa..finally ada masa nk baca kisah Japann!! Sgt menarik salasilah keluarga dari sanaaa ;)
    Update lg kalau ada cerita.. Happy tgk kisah jepun.

    ReplyDelete